Thursday, February 17, 2011

Hawa - Tulang Rusuk Kirimu

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
 LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat dia menemukan WANITA untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta di antara satu sama lain. Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing” .
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan…
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
—————————————————————————————————————–------------------------------------------
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat… .
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
—————————————————————————————————————–------------------------------------------

"Hanya mampu berdoa & berharap agar aku ialah tulang rusuknya kini & selamanya , Amin..."

Tiada Duka Yang Abadi

Salam readers,

Baru abes tgk citer Kashaf Imani  kat NTV7. Citer yg agak slow + kaler yg ke'oren'2an , huhuhu..pelik tgk kaler muka diorang. Tapi even slow, ntah camne plot citer die agak menarik, which berjaya buat aku melekat tgk sampai abes.. n i fall in love with one of the song dlm cite rni..'Tiada Duka Yang Abadi' by Opick.. Owh, lagu2 die mmg aku minat..sejuk jer dgr lagu ni...

Kalo xcaye, download & dgr la..Leh donlod kat 4shared gaks..

Lirik Tiada Duka Yang Abadi
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini



and sedikit sebanyak, menginsafkan diri yg banyak dosa ini. 
Ya Allah,.Ampunkanlah dosa2 kami, berikanlah kami hidayah & petunjuk dari-Mu Ya Allah, Sesungguhnya hamba-Mu ini banyak dosa kepada-Mu....


Amin Ya Robbalalamin...

Wednesday, February 9, 2011

Welcome 2011 ~ =p

Salam all,

It's been a while since my last update, and just realized it's already in 2011! Argh, 2 months has been gone, yet feel like things still the same..*sigh*

Hoping for me to get a transfer to Southern, but luck not on my side yet. After spending last 1 week with him, now feel like I'm lost without him :( Just miss him a lot!!

Owh yeah...we're still 2 of us...i'm have high hopes on getting pregnant , but again my time has not yet arrived. With long distance + tired of journey + stress of my job, could it be one of possible reason why it's hard to get pregnant? Should i go to the doctor? Our marriage just reached7 months, but i guess nothing harm to try right? I'm soooo jealous with my preggy friends, i do happy for them, but inside  =(

Well, keep on praying, Maybe it's time for me to try on 'Bidadari' (Angel).

Peeps, pray for me, please...Amin.

Continue later...daaa~