Friday, October 21, 2011

Diary of Muhammad Shafy Zakwan :)

Salam,

Terfikir nak buat daily update pasal my baby progress dalam blog ni few days ago, tapi sampai rini xterbuat buat. Untuk rujukan masa depan, nanti bile baby dah besar boleh la imbas kembali saat2 die berjuang. Want to show him how strong he was and how proud my hubby and i with him.
* Kena rajinkan tulang bile dah jadi ummi nie.hehe.

Almost 3weeks baby dalam NICU. Nak wat daily update untuk minggu-minggu lepas macam tak tak boleh recall sgt (tuh la taknak buat entry awal2, kan dah lupa). Tapi aku cuba summarize kan mana yg termampu.

Day 1 (02/10/2011) - Ahad
 - Assalamualaikum, Selamat datang ke dunia anakku syg, Muhammad Shafy Zakwan.
- T.O.B : 11:53PM , DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Normal delivery (alhamdulillah)
- Birth Weight : 900g (Gestational age , umur kandungan : 26-27weeks)
- Warded at NICU, DEMC
- Baby weight 970g

Day 2 (03/10/2011) - Isnin
- Aku discharge from DEMC. Baby transferred to NICU, HUKM Cheras.
- Jumpa baby pagi tu, my first visit. Rasa sedih sgt tgk baby berselubung dgn wayar. Berdoa agar baby selamat. Amin
- Malam , lepas discharge terus pergi HUKM tgk baby , as well as bagi sample darah in case HUKM perlukan.
- Environment yang sgt janggal. Sebelum jumpa baby kena basuh tangan dengan cara yang betul dulu. Nurse ajar step by step. Thanks misi!
- Yang bestnya NICU HUKM tak ada waktu melawat, anytime BUT PARENTS ONLY. Untuk menjaga babies dari bebas terkena jangkitan.
- Baby weight 970g

Day 3 (04/10/2011) - Selasa
- Petang tu pergi HUKM lagi jumpa baby dengan hubby. Stay sana around 2-3 hours kot.
- Jumpa MO team yang bertugas , and prof yang in-charge. Prof Rohana. Prof and MO bagi serba sedikit penerangan pasal baby and sebarang info yang berkaitan with premature baby.
- Nurse ajar cara nak kuarkan susu. Ingat aku takde susu, rupanya2 banyak juga. Alhamdulillah rezki baby.
- Baby dah start minum susu 1cc / 4hour
- Baby weight 970g

Day 4 (05/10/2011) - Rabu
- Arini tak dapat jumpa baby sebab dinasihatkan berehat dulu.
- 1st day pantang, pakai bengkung dan mengurut. Urut kena 3hari. Sakit oo masa urut kat tut!!
- Miss my baby a lot! Pump susu, hubby pergi hantarkan.

Day 5 (06/10/2011) - Khamis
- Sambung urut untuk hari ke-2.
- Lepas urut, lepas lunch jumpa baby. Degil nak tgk baby jugak sebab rindu sangat sangat.
- As usual , bawak susu yang di pam untuk kasi baby minum.

Day 6 (07/10/2011) - Jumaat
- Lepas Jumaat, pergi JPN Shah Alam kunun2 nak register kan nama. Tup tup kena bawak jugak buku pink yang masa mengandung tu. Buku tu kat HUKM, so decided datang balik esoknya.
- Actually nama pun tak confirm lagi, ada sehari lagi untuk isi form tu.
- Pastu terus pergi HUKM jumpa baby lagi. Macam biasa stay dalam 2-3jam


Day 7 (07/10/2011) - Sabtu
- Hubby pergi JPN sendiri untuk register nama. Akhirnya hari ke-7 baru jumpa nama yg berkenan di hati. Harapnya die menjadi anak yg cerdas, yg berjiwa suci dan terpuji. Amin.
Muhamamd = Yang Terpuji
Shafy = Yang suci, Murni, Bersih
Zakwan = Yang cerdas
- Seminggu sudah menjadi seorang ummi :)

Minggu ke-2 akan di update in next post. Tungggu yaaa ;)

Tuesday, October 18, 2011

New routine in my life

Salam,

Alhamdulillah, its been 18th day since he's become part of my life, our life.

Since that, most everything was changed. Guess, that happened to everyone rite? Gosh, tak sangka dah jadi Umi. Still trying to adapt with this new life. Having a premature baby, especially your 1st really change and teach me a lot! Kesabaran salah satu nya, and Alhamdulillah i'm able to cope with my new routine now.

Basic routine
Pump every 2-3 hours (sometimes up to 5hours - overslept :p)
Going to hospital, visit Zakwan around 3pm. Going back around 5.30. Spend at least 1 hour with him.
Bertungku before and after mandi. (Pagi n malam)
Hot water bath (best!)

Honestly, it's tiring tho..but once i see my precious, it's all faded away.

Arini tak melawat dia, huhu. take one day rest, need energy untuk teruskan melawat die. Arap2 die membesar dgn sihat. Umi rindu Zakwan, dan umi tau Zakwan anak yg kuat. Be strong my son, semoga membesar dgn cepat, semoga kuat melawan kuman2 dalam badan ye. We love you much!!

Update weight as at Day15: 913g ( as at timbang 16/10/2011 malam)

Thursday, October 13, 2011

Alhamdulillah, Officially I'm an Umi [Part Two]

Salam.. okay, cont with the day my precious was born :)

02-10-2011, the day he was born...
Nothing unusual happened pagi tuh. Air ketuban xkeluar banyak, still mcm smalam,maintain. No contraction yet, which is good. Still hope that at least can delay one or 2 weeks, untill reach my 28th week.

CTG check pun tak tunjuk any sign of contraction. But, perasan CTG check pukul 6ptg, heartbeat baby agak laju dari biasa. Biasa 13+, kol 6 tuh sampai 16+. Terasa gak nak tanya nurse, tp since nurse kata takde paper then biar je la. Pas CTG kol 6 tu, sampai la dinner bubur ngan apa ntah. Masa masok spital 2hari ni, mmg pulun sampai abes lauk pauk die.sayang ooo..pastu dgn harapan berat baby sempat la bertambah dr jangkaan 800g tuh.Masa ni dah start sakit skit2..sampai nak makan pon xbrape lalu. Last2 baring je atas katil rehat. Kot la sakit2 sebab baby tgh gerak.

Malam tu, kol 8 lebey, sakit makin kuat kat bhgn bawah tu. Rasa cam xtertahan sgt dah, tp degil xnak panggey nurse. Assume sakit gitu2 jer.Then hubby kata mcm contraction sebab die prasan 5minit sekali. Uh, bile masa ntah die tgk jam, kompem daku sakit sampai xtgk kiri kanan dah masa tu. Trus panggey nurse, ckp sakit jer, xngaku ada contraction lagi.Hihihi. Nurse bawakle hot water kunun2 tuam kat tempat sakit, kot leh baik. Takk jalan jugak, makin sakit ada la..Pastu bagi pain killer plak..Sama jugak, takk jalan. Sahh, contraction le ni, bitau nurse sakit 5 minit sekali. Drg bawak CTG , check, yuhhuu mmg ada contraction. Call Dr, xlama pastu Dr smpai, check contraction and heartbeat baby. Suh nurse siapkan labour room and prepare all doc yg akan terlibat. Hoho, dah nak bersalin ke daku? Cuak tp sakit melebihi segala2 nya.

Xingat kol brape turun LR. Contraction makin kuat kol 10lebey, nak dekat kol 11pm kot. Bukaan dari 4cm masa memula sakit yg kuat skit, bile doc turun, die check dah besar  die ckp. Erk, tatau le brape cm. 8-10cm la kot. Apa lagi, bermula la episod seluk menyeluk. Huaa..seluk tu xde rasa apa, tp bile die dok bersihkan pundi kencing ngan adjust2 baby dlm perut (alhmdlah kepala baby ke bawah), sakitnyeeeee sampai menangis2. (malu plak kalo pk time tu :p). Bila nurse start suh teran tu, owhh..mmg teran sekuat hati, mcm org nak berak tu. Tapi mmg betul2 rasa sakit nak berak, so mmg daku teran mcm nak beak ler..Hubby dok pegang pala, tenangkan aku (thanks dear). Sekali ke 2 kali xingat, tup2 daku dpt rasakan ada satu object kuar "toingg" dari bawah. And everything rasa lega...

Baby trus diorang kejarkan utk bantuan pernafasan.Aku pon xsempat tgk muka baby , tp xpe itu yg terbaik utk dia. Xlama pastu, drg panggil hubby untuk azan and iqamatkan. Daku kena rest dlm LR at least sejam. Hubby kata baby kuar je aktif. Glad to hear that, but still worried. So sementara nak tunggu nek ward balik, lepak le ngan hubby ber2-an dalam LR. Sempat le muntah depan hubby,mujur hubby sempat mintak bekas dari nurse..opss, sorry syg. Xleh bgn kan.huhu.. Ada le sesi menangkap gambor dalam LR, muka daku mmg kepenatan sungguh le.. penat jugak meneran ye..sekecil tu pon boleh tahan. Alhamdulillah, bersalin ku dipermudahkan. Even tiada jahitan. Dalam kol 1pagi cenggitu, naik le daku ke ward. Nak tgk baby, hubby tak benarkan. Suh rehat, esok baru leh tgk.Huhuhu

Gitu le pengalam bersalinkan anakku yg pertama, yg skrang masih berada di NICU, HUKM - kerana lahir tak cukup bulan (premature baby). Lahir pada 02-10-2011, 11:53pm. Anugerah Ilahi yg tak terhingga untuk kami berdua. Daku yakin ada hikmah di sebalik segala yg terjadi. Mengharapkan agar our Muhammad dikuatkan semangat dlm memperjuangkan hidupnya.

Muhammad Shafy Zakwan, cepat sembuh , cepatla membesar ye anakku syg. Umi dan ayah sentiasa mendoakan Muhammad yer. We love you much !!

Wednesday, October 12, 2011

Alhamdulillah, Officially I'm an Umi [Part One]

Alhamdulillah,

Today is 11th day i become an Umi to my dearie son. Almost 3 months earlier than expected. Owh yes, my baby is a premature baby, was born while i'm carrying him for just 26weeks.(x puas pon lagi nak rasa die tendang2, hehe). And currently my baby still warded in NICU, HUKM for maybe a month or two, maybe.

Well, here's how it begin...

01-10-2011, day before he was born. 
Bangun pagi skit dari biasa, coz mak, abah ngan haikal nak pergi muar - nak jumpa tabib utk urut kaki, with pak usu. pas kunci pintu, tgk ada nasi lemak trus rasa lapar, dengan tak mandi nya terus melantak. tapi satu pinggan je. (jarang sungguh daku breakfast sebelum mandi). huhuhu. rasa sedap sungguh breakfast pagi tu.
dah abis makan, goreng telur untuk next batch pulak, since aku dah ratah telur grg tadi :p
abes je masak, tgh nak bawak pinggan g dapur tetiba .......
dussss...air jernih mengalir dari celah peha..wooo cuak sungguh masa nie. kalo tgk drama , ni mcm air ketuban. huhu. trus call Lien, nak kompemkan air ketuban tu (naive sungguh aku). mmg sah!

tambah2 panik aku.abes call Lien, mencurah2 air kuar lagi.macam tau2 je aku tgh gabra. Capai towel, trus g mandi nak g spital.Yela takkan busuk2 nak g spital kan. pas mandi, pakai sauk je suar,baju , tudung yg mana xyah gosok, amik buku merah tu, bawak purse trus panggey adik teman g spital. Aku drive.wohoo, masa ni mmg rasa nak sampai cepat je. patutnye aku xleh drive kot,pastu drv bukan main laju. huhuh. Sempat sms hubby je masa drv tuh.

Newey, sampai DEMC, trus kena warded dlm labour room sementara tunggu doc nak check. dlm 15minit jugakla doc nak check, tu pon kena turun klinik die untuk scan. Dgn bestnye doc kata "dah bukak 2cm ni". haaa? apakah? dah nak bersalin ke daku? doc anggarkan baby 800g, and if dilahirkan chances of survive agak kecik sebab die belom matang lagi. masa ni dah nak berjurai2 dah air mata nie.tp tahankan ajer. mak call, leh menenangkan diri lagi sebab still dlm bilik doc. kuar je bilik. angah plak call, seksa nye nak bercakap sebab dah nak meraung sgt2 dah. Mak,abah,paksu ngan haikal trus patah balik (xsempat nak berurut) once dgr brita daku ni.cian plak drg, tp kena la impom kan. huhu. hubby aku laks, trus balik dari opis, drive all the way from Johor, sampai dlm kol 2. Die sampai jer, trus aku menangis.Mmg dah xdpt tahan dah prasaan. Then doc pon dtg jumpa ktrg nak terangkan situation daku and all possibilities yg mungkin ada kalo baby dilahirkan dalam waktu terdekat. Aku tgk hubby aku mcm nak pengsan je dgr. Rasa lemah je ktrg dua dgr ayat2 yg kuar dari doc. Dalam hati hanya mampu berdoa agar dipermudahkan semua urusan, dan semoga anak kami selamat.

Malam tu hubby trus berhotel di hospital. Rasa sgt2 bersalah sebab tak mampu jaga baby dalam perut sebaik mungkin. Rasa i let him down. Mmg rasa sgt2 down, lagi2 tgk hubby menangis becoz of me. Malam tu, air ketuban macam dah kurang keluar. Alhamdulillah, mengharap air ketuban leh stop dari keluar and baby mampu producekan balik, sekurang2nya dapat hold dalam 2-3minggu.

Tidurlah kami malam tu dgn penuh harapan. Hubby pon penat drive, mmg tido pengsan jugakla dia malam tu.

To be Cont...

Tuesday, October 11, 2011

Week 26 Update?

Salam,

Baru nak merajinkan diri update blog ni, tetiba menghilang plak seminggu lebih. Baru je daku nak mengupdate daily pasal pregnancy, tup tup xsempat plak. Alhamdulillah, my lilttle caliph selamat dilahirkan secara normal pada 02-10-2011, 11:53pm pada usia kandungan 26minggu, awal 14 minggu dari due date.

Skrang baby ditempatkan di wad NICU, HUKM untuk pengawasan yg lebih teliti mungkin sebulan dua, sebab die baby pramatang (premature baby). Kesian sgt tgk die berselirat dgn wayar, tp daku yakin itu yg terbaik utk dia.

Harapnya my baby dapat melawan semua kuman2 dalam badan dia, dikuatkan semangat dan cepat naik beratnya.

Just wanna share this, infant below 37 weeks was called premature baby. Between 38-42 fully term baby, and beyond that postmature baby.



Will cont next post..Insy

*kena tukar dah header atas ni kot