Friday, April 12, 2013

Pati Delima Borong - Promotion

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum readers,

Offer of the month!

RM 276 for 1 karton (24 bottle) - RM 11.50 sebotol sahaja! 
* offer valid for C.O.D only  (Shah Alam / Klang / Skudai / Johor Bahru)
* nearest place ? add rm10/delivery - do contact us!


++ Notes ++
Pati Delima sesuai untuk Lelaki & Wanita

Cara pemakanan - 1 atau 2 sudu , pagi dan malam. Untuk gastrik , sila minum pati lepas  makan.



Monday, April 1, 2013

Berhijrah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Selasa.2 Apr 2013.

2y6m23d saya bergelar isteri. 1y6m saya bergelar isteri & umi. Alhamdulillah, praise to Him. 

Namun..

Sepanjang perkahwinan kami, kami belum sempat duduk serumah. Kami dalam mode PJJ - Perkahwinan Jarak Jauh. Di sebabkan pekerjaan kami yg berasingan tempat. 

2013- Azam saya yg utama - nak menjadi seorang isteri & umi yang solehah. Tapi rasanya kalo berjauhan macam ni, susah skit nak mencapai azam tu. Kerana gaji, kami berjauhan. Tapi itulah dugaannya, zaman sekarang ni tipulah kalo kata boleh hidup semata2 cinta. Tapi saya akui, kalo cinta pada-Nya, InsyAllah dilengkap kehidupan dunia dan akhirat sana. 

Tetiba terlintas , terdetik dalam hati ni, nak berhenti kerja. Bile dengar si kecik tu hari-hari dok panggey semua org "ayah ayah", aduh.. rasa sayu plak. Rasa kejam pon ada sebab jauhkan anak dgn ayah. 

InsyAllah rezki Allah di mana-mana. Dan skrang, saya rasa saya nak berhijrah. 


Hijrah ke diri yg lebih baik. Jealous tgk muallaf pon boleh jadi lebih baik dari saya, muslim sejak dari lahir. Aduh, kerdil sungguh rasa diri ni. Mereka lebih yakin dgn Allah, dari saya yg telah di ajar tentang Allah & Rasul, tapi masih yakin dgn rezki yg di beri manusia.  Maafkan diri ini Ya Allah, sesungguhnya Kau la yg memberi rezki kepada siapa saja yg Kau kehendaki. 

Saya seorang isteri. Tugas untuk menjaga suami, susah & senang. Makin lama makin selesa dgn kehidupan weekend wife, itu yg merisaukan. Bak kata Saifulislam Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!"


Ye, saya dah mula rasa keselesaan itu. Dan untuk mengelakkan lebih teruk, lebih baik saya menghindarkan. Niatku semata2 untuk Allah, mengikut syariat Islam. Saya yakin, Allah akan tolong. Allah ada di mana-mana.   

Doakan saya yer, mudah2an hasrat ini yg terbaik untuk diriku & keluargaku. 

Saya perlu Istikarah. Perlu tawakal dan yakin pada-Nya.

Ya Allah, berilah ku petunjuk jalan yang terbaik untuk diriku & keluargaku. Sesungguhnya Kaulah yg mengetahui segala kejadian di langit & di bumi. Amin Ya Rabbal Alamin..

Nak serious dlm online business, start with Pati Delima & Peanut Candy di Johor. siapa2 berminat  nak borong di area JB, Skudai roger2 ye.. Boleh bagi diskaun kalo beli banyak ;)