Wednesday, September 28, 2011

Wordless Thursday

Salam..

4D of my little caliph, masa scan 23 weeks. He just look like him :)


Can't wait to see you my little one. Mmmuahhhsx!

Monday, September 26, 2011

Week-25 updates

Salam,

Diam-diam, dah nak masok 3rd trimester dah minggu ni. Alhamdulillah. Sekejup je masa berlalu kan. Kalo ikutkan, hujung minggu ni insy dah week ke -27. Tapi kalo tgk badan ni, ramai je kata perut ni kecik, hihi. Takpe la kecik pon, asalkan baby ni sihat hendaknya.

Week-25 checkup
Checkup DEMC haritu, 17/09/2011. Appointment kol 12.30, tapi masok kol 1 cenggitu. Kali ni, doc tgk2 result detail scan minggu sebelumnya and skali lagi scan baby. Seronok sgt jumpa baby :) Alhamdulillah, baby takde masalah. Tapi baby tak turun lagi, dok boleh pusing2 lagi dalam ni. Berat pon dah naik 700gram, membesar dgn jayanya. Happy2 *wink*wink*.

Since w26 , baru lah dapat rasa baby tendang2 dgn agak jelas. Skali skala dah nampak dah perut ni bergerak, wahh sgt seronok waktu tu. 1-2 hari ni pon selalu plak tgk perut ni kalo ada rasa pergerakan. And suke kaco baby kalo die dok tendang2 tu..ada respon plak tu. :p aihh, xsabarnya nak tunggu die kuar. Asyik tgk je gambo 4D yg dapat masa detail scan ritu. Cumillll sgt2.

*tak sabar nak balik, malam nanti nak main ngan baby lagi. hihihi. nak bercerita ngan baby.
Harap2 dapat hilangkan sedikit sebanyak kesedihan dalam hati ini :)

Thursday, July 21, 2011

1st Anniversary

Salam,

Its already past halfyear of 2011. Dah hampir bulan August pon, seminggu lagi umat Islam akan menjalani rukun islam yg ke-3. Pejam celik, dah nak abes taun pon. Macam-macam dah lalui tahun ni, dan alhamdulillah azam taun ni dikabulkan oleh-Nya. Harap2nya semua dipermudahkan-Nya. Amin..

Me&Him
2005, kami bermula. Long distance relationship, dari zaman belajar sampai la ke zaman bekerja, up and down, begitu banyak cabaran yg kami tempuhi dalam tempoh mengenali diri masing2. Akhirnya, selama 5taun berkenalan kami diIjabkabulkan di tarikh July 2010.

Sekarang dah Setahun, 11 hari kami melayari kehidupan as suami isteri, dan selepas 9bulan aku disahkan berbadan dua :) Sempat la juga meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa taun nie (even xkuar lagi, hehe) Cuma, hidup kami still jauh jauh , sorang kat Selatan, dan aku still kat Johor. bile la nak didekatkan :(

And now, i'm glad i'm his and bakal jadi ibu kepada anak2nya. Harap Allah memberkati perkahwinan kami ini, dan berkekalan hingga ke akhirnya. I love him, and still in love with him.

Happy Anniversary yg Pertama Sayang..Love you much!

Tuesday, July 12, 2011

Kenapa berBlog?

Salam readers,

Agak lama jari jemari ni tak menaip sesuatu di sini. Jarang sungguh mengjenguk , mengupdate blog diri sendiri, tp  sungguh rajin baca blog kawan2, as usual , as silent reader jer.

Terfikir, apa sebenarnye purpose aku berblog? Untuk meluahkan perasaan? Untuk bercerita tentang hari2 seharian? Untuk memberi pendapat sebagai anonymous? Untuk apa yer sebenarnye?

Lain org, lain aturcara pemikirannya. Ada yg berblog untuk suke2, ada yg berpolitik, ada yg berkongsi perasaan. Namun bagi aku, sekadar ebagai satu catatan sejarah dlm hidup dan panduan untuk kehidupan yg akan datang. Mana tau, bile dah bercucu nanti, boleh share dgn cucu2 tersayang plak kan. Hehe.

Yang pasti, cukupla aku di kenali sebagai 'BantalTulang' di dunia blogging ini. Seperti yg ku katakan tadi, setiap org, ada aturcara nya tersendiri. Hormatilah.

Thursday, May 26, 2011

Karipap Oh Karipap

Untuk trimester pertama ni, alhamdulillah aku xde la kena morning sickness cuma selera makan yg agak terbatas. Since skrang dlm bedrest mode kat johor ni, so terkontang kanting la nak masak tghari.(Rindu mak masak :( ) Jadi, mmg xmasak la, hehe. Masak pon time abg nak balik rumah, tu pon kalo makan jarang la sepinggan unless kalo abg yg masak. :p

Tekak ni kadang2 nak berger, pastu nak jagung, so apa yg tekak ni nak layankan je janji makan. Mujur la takde kenan yg bukan2. so far semua boleh dicari atau dibuat sendiri.

Okeh, beberapa arini tekak rasa nak makan karipap. Kalo nak suh abg carik ptg2 ni jarang la ada jual kan. So inisiatif sendiri google la carik resepi karipap, tp xjumpa lak yg simple nye resepi. Last2, calling my mum mintak resepi. senang jer simple hehe. Ni resepi nye untuk yg 2-3 org makan je kot. (sikit je)

Doh
2-3 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
1 sudu mentega (cairkan dgn air panas)
1/2 sudu garam (secukup rasa)


Inti
Sedikit daging cincang / daging potong dadu
3-4 Kentang (potong dadu)
1 sudu rempah kari (letak air skit)
Sedikit daun bwg dan daun sup.


Cara-Cara
1- Doh: Gaul mentega dengan tepung. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sampai dah jadi doh. Kalo dah jadi doh, xyah tambah air dah. Pastu letak garam .
*Kalo terlembik, pandai-pandailah tambah tepung.


2-Inti:
a) Tumis bwg besar , bwg putih, rempah kari  sampai kari masak.
b) Masukkan daging, kentang. Bahan ni leh digantikan dgn ayam, keledek, ikut suka.
c) Letak air secukupnye - untuk empukkan kentang ngan daging tu
d) Tunggu sampai masak dan semua empuk.
e) Tabur kan daun bawang dan daun sup utk bau wangi skit. (letak salah satu pon xpe, mana yg ada)


Pastu doh tadi, my mum's nye style die amik satu bahagian, gelek panjang2 pastu potong kecik2 cam mamak wat doh roti canai tu. Pastu canaikan die, gelekkan bulat2 satu-satu, letak inti and kelepet die. Kalo sapa2 yang tek reti kelepet tu, leh beli benda yg dah siap leh kelepet sendirik.
Kalo aku, puas lagi makan kelepet ngan tgn.

So skrang ni, tgh tunggu daging lembut. Doh dah siap. (Ni first time buat sendirik :p) Nanti dah siap, akan post gambar kat sini yer. Tungguuu....

Salam.

Friday, May 20, 2011

Surprise! Part2

Salam readers,

Okeh. Sorry readers xdapat update hari yg dijanjikan , atas sebab sebab yg tak dapat dielakkan. Okeh, kite sambung cerita. Apa jadi erk masa labour day ritu. Syukur, penantian  kami selama hampir 10 bulan akhirnya dimakbulkan Allah. Alhamdulillah, aku disahkan mengandung 5minggu :)

Alkisahnye, beberapa hari sebelom disahkan, aku asyik sakit2 jer masa kencing. Aku suspect kena kencing kotor. Mula-mula malas nak jumpa doctor sebab nak cuba hilangkan dgn minum air banyak2, tp makin lama makin sakit sampai la ada kuar darah skit, so nak taknak maka ketemulah daku dgn doctor utk berubat. Benarnye, aku paling xsuke makan ubat.uhuhuh. Lepas few days makan ubat doc, still xbaik baik lagi. So kebetulan weekend aritu hubby turun , ktrg jumpa la doc kat kawasan rumah plak sebab makin teruk. Doc pon kasi la ubat antibiotik and masa tu kebetulan dah hari ke 42 tapi period masih tak turun lagik. So aku request nak buat UPT tp doc tu kata terlambat awal. So, aku pon hajatnye nak coba coba wat UPT sendiri kat rumah esoknye.

1st May
Bangun pagi tu, terus sambar UPT tapi xbitau hubby pon nak wat testing. Ye lah, dah macam rutin setiap bulan wat upt, so mcm dah lali sgt.heheh. Kali ni ntah macam mana mmg xrasa mcm mengharap sgt, mungkin sebab dah buat banyak kali kot, tatau la. Few seconds pas letak urine kat tester tu, tup tup aku nampak macam second line tu mcm muncul. Mula mula ingat mata aku yg silap, rasa cam nak lompat lompat dah dalam toilet tu. Terus settlekan mandi n tgk balik tester. Sah, ada 2line, for the first time! Yahoo!!
Masok bilik bitau husband, terkejut gak die, and of course la kami sgt2 happy especially aku ni ha.heheh. so pagi tu, siap siap terus g klinik, utk kompemkan. kat sana wat upt gaks, naik gak 2line. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.

Lepas doc kompemkan pon, aku wat lagi 2nd test esoknye sebab rasa mcm xpercaya lagi. Isnin, terus g jumpa doc kat kl, utk scan sebab aku rasa xkompem selagi xnampak. Doc scan dari atas, xnampak paper, risaunye hati, tapi bila scan dari bawah yeay nampak dah kecik nye kantung baby. Rasa nak nangis jer masa tu tgk baby (kantung), hehe. Masa doc print out pic baby tu, tenung je lama2 rasa cam miracle sgt2. Terus email kat hubby, tp rupa2nya die tatau mana satu kantung baby, hihih. lawak tol.

Morning sickness
Untuk minggu2 awal masa aku tau aku preggy, mmg xde alahan atau pening , muntah, loya2 ataupon morning sickness. Xde masalah makan, cuma selera suka nasi ayam jer. Nasi putih langsung xde selera. Agak bertuah sebab masih boleh drive g keje sendiri. Cuma skrang ni, harini genap la 8 minggu, selera makan makin takde, maka badan pon makin lemah, pening2 sebab tak cukup makan. Nak masak apatah lagi, tgk makanan pon dah takde selera tapi kesian baby. So gagahkan juga carik makanan yg aku leh bangkitkan selera.

Skrang ni aku tgh bedrest kat Johor, kenapa bedrest? Nanti next post diceritakan. Moga readers doakan kesihatan yg terbaik untuk aku & baby yer ;)

"Ya Allah, semoga zuriat yg bakal lahir ini menjadi anak yg soleh & solehah kelak. Moga aku dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang tempoh kehamilan ini. Amin"

Sunday, May 15, 2011

Surprise! Part1

Salam readers,

Sebulan sekali update blog gara-gara kemalasan tahap gaban. Kerja yg sangat bz, sampaikan dah taktau nak buat yg mana satu. Last2, lepak kat forum RH jer. Sejak2 dpt berita yang sgt2 menggembirakan hati masa labour day aritu, mmg dah makin kerap berkunjung ke RH ~ nak menuntut ilmu :)

Apa erk surprise tu? hehe, rasanya malam ni mcm xsempat nak update sebab mcm banyak je nak bitau kat sini. Insy, esok saya annouce, tp mungkin ada yg dah boleh guess kot. hehe, di sebabkan kemengantukan yg melanda diriku ini, kite sambung Part2 esok ~ dgn paparan yg lebih menarik :)

Selamat malam readers. Jumpa esok, insy.

Assalamualaikum :)