Thursday, May 26, 2011

Karipap Oh Karipap

Untuk trimester pertama ni, alhamdulillah aku xde la kena morning sickness cuma selera makan yg agak terbatas. Since skrang dlm bedrest mode kat johor ni, so terkontang kanting la nak masak tghari.(Rindu mak masak :( ) Jadi, mmg xmasak la, hehe. Masak pon time abg nak balik rumah, tu pon kalo makan jarang la sepinggan unless kalo abg yg masak. :p

Tekak ni kadang2 nak berger, pastu nak jagung, so apa yg tekak ni nak layankan je janji makan. Mujur la takde kenan yg bukan2. so far semua boleh dicari atau dibuat sendiri.

Okeh, beberapa arini tekak rasa nak makan karipap. Kalo nak suh abg carik ptg2 ni jarang la ada jual kan. So inisiatif sendiri google la carik resepi karipap, tp xjumpa lak yg simple nye resepi. Last2, calling my mum mintak resepi. senang jer simple hehe. Ni resepi nye untuk yg 2-3 org makan je kot. (sikit je)

Doh
2-3 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
1 sudu mentega (cairkan dgn air panas)
1/2 sudu garam (secukup rasa)


Inti
Sedikit daging cincang / daging potong dadu
3-4 Kentang (potong dadu)
1 sudu rempah kari (letak air skit)
Sedikit daun bwg dan daun sup.


Cara-Cara
1- Doh: Gaul mentega dengan tepung. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sampai dah jadi doh. Kalo dah jadi doh, xyah tambah air dah. Pastu letak garam .
*Kalo terlembik, pandai-pandailah tambah tepung.


2-Inti:
a) Tumis bwg besar , bwg putih, rempah kari  sampai kari masak.
b) Masukkan daging, kentang. Bahan ni leh digantikan dgn ayam, keledek, ikut suka.
c) Letak air secukupnye - untuk empukkan kentang ngan daging tu
d) Tunggu sampai masak dan semua empuk.
e) Tabur kan daun bawang dan daun sup utk bau wangi skit. (letak salah satu pon xpe, mana yg ada)


Pastu doh tadi, my mum's nye style die amik satu bahagian, gelek panjang2 pastu potong kecik2 cam mamak wat doh roti canai tu. Pastu canaikan die, gelekkan bulat2 satu-satu, letak inti and kelepet die. Kalo sapa2 yang tek reti kelepet tu, leh beli benda yg dah siap leh kelepet sendirik.
Kalo aku, puas lagi makan kelepet ngan tgn.

So skrang ni, tgh tunggu daging lembut. Doh dah siap. (Ni first time buat sendirik :p) Nanti dah siap, akan post gambar kat sini yer. Tungguuu....

Salam.

Friday, May 20, 2011

Surprise! Part2

Salam readers,

Okeh. Sorry readers xdapat update hari yg dijanjikan , atas sebab sebab yg tak dapat dielakkan. Okeh, kite sambung cerita. Apa jadi erk masa labour day ritu. Syukur, penantian  kami selama hampir 10 bulan akhirnya dimakbulkan Allah. Alhamdulillah, aku disahkan mengandung 5minggu :)

Alkisahnye, beberapa hari sebelom disahkan, aku asyik sakit2 jer masa kencing. Aku suspect kena kencing kotor. Mula-mula malas nak jumpa doctor sebab nak cuba hilangkan dgn minum air banyak2, tp makin lama makin sakit sampai la ada kuar darah skit, so nak taknak maka ketemulah daku dgn doctor utk berubat. Benarnye, aku paling xsuke makan ubat.uhuhuh. Lepas few days makan ubat doc, still xbaik baik lagi. So kebetulan weekend aritu hubby turun , ktrg jumpa la doc kat kawasan rumah plak sebab makin teruk. Doc pon kasi la ubat antibiotik and masa tu kebetulan dah hari ke 42 tapi period masih tak turun lagik. So aku request nak buat UPT tp doc tu kata terlambat awal. So, aku pon hajatnye nak coba coba wat UPT sendiri kat rumah esoknye.

1st May
Bangun pagi tu, terus sambar UPT tapi xbitau hubby pon nak wat testing. Ye lah, dah macam rutin setiap bulan wat upt, so mcm dah lali sgt.heheh. Kali ni ntah macam mana mmg xrasa mcm mengharap sgt, mungkin sebab dah buat banyak kali kot, tatau la. Few seconds pas letak urine kat tester tu, tup tup aku nampak macam second line tu mcm muncul. Mula mula ingat mata aku yg silap, rasa cam nak lompat lompat dah dalam toilet tu. Terus settlekan mandi n tgk balik tester. Sah, ada 2line, for the first time! Yahoo!!
Masok bilik bitau husband, terkejut gak die, and of course la kami sgt2 happy especially aku ni ha.heheh. so pagi tu, siap siap terus g klinik, utk kompemkan. kat sana wat upt gaks, naik gak 2line. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.

Lepas doc kompemkan pon, aku wat lagi 2nd test esoknye sebab rasa mcm xpercaya lagi. Isnin, terus g jumpa doc kat kl, utk scan sebab aku rasa xkompem selagi xnampak. Doc scan dari atas, xnampak paper, risaunye hati, tapi bila scan dari bawah yeay nampak dah kecik nye kantung baby. Rasa nak nangis jer masa tu tgk baby (kantung), hehe. Masa doc print out pic baby tu, tenung je lama2 rasa cam miracle sgt2. Terus email kat hubby, tp rupa2nya die tatau mana satu kantung baby, hihih. lawak tol.

Morning sickness
Untuk minggu2 awal masa aku tau aku preggy, mmg xde alahan atau pening , muntah, loya2 ataupon morning sickness. Xde masalah makan, cuma selera suka nasi ayam jer. Nasi putih langsung xde selera. Agak bertuah sebab masih boleh drive g keje sendiri. Cuma skrang ni, harini genap la 8 minggu, selera makan makin takde, maka badan pon makin lemah, pening2 sebab tak cukup makan. Nak masak apatah lagi, tgk makanan pon dah takde selera tapi kesian baby. So gagahkan juga carik makanan yg aku leh bangkitkan selera.

Skrang ni aku tgh bedrest kat Johor, kenapa bedrest? Nanti next post diceritakan. Moga readers doakan kesihatan yg terbaik untuk aku & baby yer ;)

"Ya Allah, semoga zuriat yg bakal lahir ini menjadi anak yg soleh & solehah kelak. Moga aku dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang tempoh kehamilan ini. Amin"

Sunday, May 15, 2011

Surprise! Part1

Salam readers,

Sebulan sekali update blog gara-gara kemalasan tahap gaban. Kerja yg sangat bz, sampaikan dah taktau nak buat yg mana satu. Last2, lepak kat forum RH jer. Sejak2 dpt berita yang sgt2 menggembirakan hati masa labour day aritu, mmg dah makin kerap berkunjung ke RH ~ nak menuntut ilmu :)

Apa erk surprise tu? hehe, rasanya malam ni mcm xsempat nak update sebab mcm banyak je nak bitau kat sini. Insy, esok saya annouce, tp mungkin ada yg dah boleh guess kot. hehe, di sebabkan kemengantukan yg melanda diriku ini, kite sambung Part2 esok ~ dgn paparan yg lebih menarik :)

Selamat malam readers. Jumpa esok, insy.

Assalamualaikum :)

Monday, April 18, 2011

Salam readers,

Lama sungguh tak mengjenguk blog ni, update entry apatah lagi. Lately, hidup makin diduga dengan macam2 dugaan, ada yang manis dan tak kurang ada yang pahit. Kadangkala, setabah mana pon hati ini, tumpah juga air mata. Namun, kuatkan semangat wahai wanita, tiada bebanan yang diberi oleh-Nya melampaui batasan dan kemampuan kita. Insy, setiap dugaan dan cabaran ada hikmah yang terselindung. Bersabarlah wahat hati :)

Arini, dalam facebook ada kawan share artikel dari iluvislam.com lagi. Sekali baca, terlintas dlm fikiran betapa dekatnye artikel ini dgn dilema hidupku sekarang. Alhamdulillah , artikel ni sedikit sebenyak menginsafkan diri yang terleka.

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
~ Nur Aisyah Zainordin Artikel iluvislam.com ~ 

Tertarik dgn statement "di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.And He Knows Best"
Hanya satu yg kupinta, "Berkatilah perjalanan hidupku, berkatilah perkahwinanku, dan bawalah hamba-Mu ini ke jalan yang benar dan diredhai oleh-Mu , Ya ALLAH. Amin "

Monday, March 28, 2011

Lawatan ke DEMC

Salam,

Nak update pasal jumpa dr. pakar kat DEMC, shah alam aritu. Set appointment with Dr. Norleen kol 10.15 pagi , sabtu 26 March 2011. So last wik, turn hubby lak turun yeay!! so, pagi2 lagi dah kuar dr rumah...tu pon dah lambat, sampai 10.30, mujur xramai org sana.. since ada referral letter , so kena wat GL dulu, leh plak lupe nak amik GL before pegi jumpa doc.. heheh. kat sini die ada satu bilik khas utk request for GL.. so bla bla, tunggu la turn..dlm 20minits kot, since doc tu kuar g tempat lain sat..

masok le dlm bilik ngan dupdap dupdap..huhu, risau jerk kalo ada paper..doctor tanya pasal history, berat, tinggi. so aku dalam category overweight (obviously) , then die scan perut tgk rahim, ovari yg telah tiada..huhu..
dr. kasi makan ubat Metformin (Glucophage) 500mg untuk makan selama sebulan.. untuk stabilize kan hormon lebey kurang. Next, kena sambung wat appointment with dr. Fertelity which is dr. lelaki. tgk dulu camne 1st round, kalo xselesa maybe carik fertelity ngan SJMC balik kot...

Skrang ni makan ubat dr jer. try campor ngan bidadari, nampaknye xsesuai, sakit giler kat bahagian bawah nie..Hopefully, my hormon will get better , lose some weight and increase opportunity to get pregnant...

Doakan saya.... Amin..

Tuesday, March 22, 2011

Dengarlah Cerita Isterimu...


Terjumpa artikel yang menarik dari iluvislam.com tadi, nak share kat sini... khas untuk para2 suami.. 
Rasanya situasi macam ni makin menjadi2 dlm masyarakat kini, mungkin dengan pembangunan dan taraf hidup yg semakin moden dan tinggi sekarang ni salah satu punca.  Wallahualam... sayang, hidup berumahtangga tapi masing2 dgn kehidupan masing :( 
---------------------------------
Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.
Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.
Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.
Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".
Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".
Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.
Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.
Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.
Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.
Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.
Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.
Amalkanlah
------------------------------
~Semoga kehidupan kami ber2 sentiasa diberkati-Nya dan sentiasa mesra hingga ke akhir hanya.Amin~

Monday, March 21, 2011

Penantian March berakhir jua...

Salam...

Ceh, tajuk cam surprise jer :p Alkisahnya, arini tanpa diduga cik P datang menjenguk sudah lepas 40hari since last period.Lama berteleku kat toilet masa, xsangka and hampir xpercaya..nak menitik air mata pon ada, mission incomplete nampaknya. Kuatkan semangat, in positive way, Alhamdulillah...masih ada peluang lagi.

Kali ni spotting die mmg kuar merah yg sgt jelas, xmacam bulan lepas, samar2 jer, so kali ni mmg konpiden dah xleh semayang. Padanla smalam dah start sakit2 kat bawah tu, skrang pon masih sakit2 lagi kat tgh2 ni, rahim erk? Since aku takde senggugut, so far rasa sakit2 ni jer wat xbrape selesa, ke yg ni senggugut eh? *confius2* ikutkan kaler spotting ni, nampak gayanya hormon dah semakin stabil, arap2nye cycle pon dah makin tetap pasni..Amin

hurm, dalam RH tadi, ada forumer ni share sperm mati kalo jumpa air, sebab tu tak digalakkan bersama lepas mandi. Erkk?? seyes tatau fakta nie..aiseh, banyak lagi ilmu suami/isteri tak khatam lagi nie... nanti nak googling pasal benda nie.

paper pon, arini mmg ari yg sgt down, emosi bercampor aduk, sampaikan ofismate pon xbrani nak tegor. mujur ada choc, pas makan jer terus tenang, betolkan choc ni leh ilangkan tensen, so bolehla makan choc banyak2 eh..hahahah..alasan :p

huarghh....mata sudah layu.....esok *kot* berjumpa lagi..Selamat malam semua.....

Assalamualaikum ;)