Sunday, October 21, 2012

Nutritionist's Choice Cookbook - Resepi untuk bayi - kanak2 prasekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sejak si kecik ni dah start makan, aku pon merajinkan diri mengoogle resepi yg sihat dan sesuai dgn die Hajat di hati nak bagi die homemade food selagi mampu..Then satu hari kat opis , IJN datang wat cam show (bloodtest, etc).  dok belek2.. Yes! jumpa buku yg dicari, alhamdulillah. member kata kat ijn je leh dpt. so rezki, jumpa jua.. terus borong untuk kengkawan.

Ha ni la die... choice cookbook. banyakk oo resepi.





Salah satu resepi yg ummi die pon terliur juge.hehe










Ada jugak tips untuk handle anak2 yg susah nak makan nie. and ada macam2 lagi tips. 






Pe kata dapatkan buku ni, sayangkan anak, masak yg sihat untuk die kan..


Buku masakan pilihan pakar pemakanan untuk anak2 anak kite semua. Lebih 60 resepi untuk bayi, kanak kanak 2-4 tahun dan kanak-kanak prasekolah.  

Dalam dwibahasa, bahasa Melayu and English. Bukur bergambar & berwarna. Sangat menarik. Ada tips untuk pemakanan anak2 kite. Resepi yang sihat, juga disediakan kandungan nutrient untuk setiap hidangan.

Owh ya, kalo nak order kat saya pon boleh.

Book is rm 20. with postage pos laju RM26 25 (diskaun singgit)

awiena8184@gmail.com. 

Monday, October 15, 2012

Rindu

Assalamualaikum w.b.t , Selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Hari ni rasa cam tak kena je semua. Keje xde mood. Hati gundah. Gelisah. Tak keruan.

Duh....

Aku rindu..rindu dgn suami.rindu dgn si kecik, shafy.

Ya Allah berkatilah hidup kami Semoga kami sentiasa dalam peliharaan dan perlindunganMu.

Amin.


Saturday, October 13, 2012

Mencuba Kecil-Kecilan

Salam readers,

Start bulan ni rasa nak mencuba berbisnes kecil-kecilan. Betullah rasa segan menguasai diri. Apa2 pon kena mencuba kalo tak tak tahu kan? Skrang ni cuba jual benda yg aku suka makan

1- Barley Peanut Candy (serius sedap)
2 - Pati Delima Gulsan (mmg berkhasiat)

Semoga dipermudahkan urusanku di dunia & di akhirat kelak.InsyaAllah. Amin.


p/s:  try la beli. insy sedap :)

Sunday, September 30, 2012

Teman Pengganti - Malique & Black

Can't help it. So addicted with this song. In LOOOVEEEE with this masterpiece!

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Official TEMAN PENGGANTI video




Sunday, July 22, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia, dipinjamkan nafas untuk terus kan kehidupan di dunia ini. Dah hari ke-3 berpuasa , pertama kali dgn si kecik , dan masih dikuatkan untuk terus menyusukan dan mengepam. Walau aku belom mampu menyusukan 100% susu ibu, namun akan digagahkan jua untuk memberi yg terbaik untuk si kecik. 


Sgt suke bulan ramdhan! Sebab apa? Macam2 sebab kan? Sebab leh berbuka sedap2, sebab pas puasa leh Raya, sebab ada bazar ramadhan, sebab terawih,  sebab itu , sebab ini kan?

Tapi untuk aku, aku suke dan tak sabar nak jumpa ramadhan, sebab.. bulan ni la bulan yg paling tenang untuk aku, aku lebih suke ramadhan dari syawal. Tahun lepas aku cam sia2 kan, rugi sangat , nyesal pon ada jugak. Hurm, harapnye kali ni aku lebih kuat untuk beribadah pada-Nya.

Bila masuk bulan puasa jugak , umpama pintu rezki untuk sesetengah org. Erm, rasanya macam nak try berbisnes kecil2an jugak le..leh carik side income kan. hehe

Untuk semua.. Selamat Menyambut Ramadhan 1433H / 2012. 


" Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perjalananku pada bulanMu yg mulia ini. Kuatkanlah imanku, pimpinkanlah aku ke jalanMu, jalan org-org yg bertakwa. Murahkanlah rezki kami suami isteri, rezki susu ibu untuk anakku, rezki keluarga ku. Semoga puasa kali ni lebih manis, lebih berkat lebih bermakna dari yg sebelum2nya.. Amin " 

Tuesday, July 10, 2012

2nd Anniversary

Assalamualaikum w.b.t,
Bimillahirrahmanirrahim..


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Alhamdulillah,diam tak diam dah 2 tahun usia perkahwinan kitorang. Syukur, dikurniakan zuriat yg sangat comel, pengikat kasih sayang kami.


10-July-2010 - Sah aku menjadi isteri nye dgn sekali lafaz. Even majlis agak tidak berjalan seperti yg sepatutnya, alhamdulillah segala berjalan dgn lancar.



Now, it's been 2 years bergelar isteri. Sekejup je masa berlalu.

Still, aku masih jauh dengan die. Terfikir nak berhenti kerja, tapi boleh ke aku ? huhu, dah biasa keje.
Ntahlah.. Ya Allah, tunjukkan kan aku jalan yg terbaik untuk aku teruskan.Sesungguhnya Kau la Maha Mengetahui yg terbaik untuk hamba-hambaMu. Amin.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani,
Engkaulah Yang Mengetahui apa yg di Langit dan di bumi, Segalanya berjalan dengan kehendakMu.


Ya Allah Ya Tuhan kami,
HambaMu ini mengharapkan redhaMu dalam perjalan hidup ini,
Rahmatilah perkahwinan kami,
Murahkan dan berkatilah rezki kami,
Berikanlah kami kesihatan yg baik untuk kami terus beribadat kepadaMu,


Ya Allah Ra Rabbi,
Kukuhkan ikatan perkahwinan kami,
Kuatkanlah iman dan takwa kami,
Ceriakanlah rumahtangga kami,
Pimpinlah kami ke jalan orang-orang yg bertakwa,
Lindunganlah kami dgn rahmat-Mu


Sesungguhnya hambaMu ini mengharapkan keredhaanMu dlm kehidupan ini.

ا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

Wednesday, June 27, 2012

Weaning

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t all readers.

Another few days for my lil caliph MSZ to start his first solid food. wuhuu! Excited jugak! Puree Puree, here we come.. :D