Sunday, July 22, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia, dipinjamkan nafas untuk terus kan kehidupan di dunia ini. Dah hari ke-3 berpuasa , pertama kali dgn si kecik , dan masih dikuatkan untuk terus menyusukan dan mengepam. Walau aku belom mampu menyusukan 100% susu ibu, namun akan digagahkan jua untuk memberi yg terbaik untuk si kecik. 


Sgt suke bulan ramdhan! Sebab apa? Macam2 sebab kan? Sebab leh berbuka sedap2, sebab pas puasa leh Raya, sebab ada bazar ramadhan, sebab terawih,  sebab itu , sebab ini kan?

Tapi untuk aku, aku suke dan tak sabar nak jumpa ramadhan, sebab.. bulan ni la bulan yg paling tenang untuk aku, aku lebih suke ramadhan dari syawal. Tahun lepas aku cam sia2 kan, rugi sangat , nyesal pon ada jugak. Hurm, harapnye kali ni aku lebih kuat untuk beribadah pada-Nya.

Bila masuk bulan puasa jugak , umpama pintu rezki untuk sesetengah org. Erm, rasanya macam nak try berbisnes kecil2an jugak le..leh carik side income kan. hehe

Untuk semua.. Selamat Menyambut Ramadhan 1433H / 2012. 


" Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perjalananku pada bulanMu yg mulia ini. Kuatkanlah imanku, pimpinkanlah aku ke jalanMu, jalan org-org yg bertakwa. Murahkanlah rezki kami suami isteri, rezki susu ibu untuk anakku, rezki keluarga ku. Semoga puasa kali ni lebih manis, lebih berkat lebih bermakna dari yg sebelum2nya.. Amin " 

Tuesday, July 10, 2012

2nd Anniversary

Assalamualaikum w.b.t,
Bimillahirrahmanirrahim..


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Alhamdulillah,diam tak diam dah 2 tahun usia perkahwinan kitorang. Syukur, dikurniakan zuriat yg sangat comel, pengikat kasih sayang kami.


10-July-2010 - Sah aku menjadi isteri nye dgn sekali lafaz. Even majlis agak tidak berjalan seperti yg sepatutnya, alhamdulillah segala berjalan dgn lancar.



Now, it's been 2 years bergelar isteri. Sekejup je masa berlalu.

Still, aku masih jauh dengan die. Terfikir nak berhenti kerja, tapi boleh ke aku ? huhu, dah biasa keje.
Ntahlah.. Ya Allah, tunjukkan kan aku jalan yg terbaik untuk aku teruskan.Sesungguhnya Kau la Maha Mengetahui yg terbaik untuk hamba-hambaMu. Amin.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani,
Engkaulah Yang Mengetahui apa yg di Langit dan di bumi, Segalanya berjalan dengan kehendakMu.


Ya Allah Ya Tuhan kami,
HambaMu ini mengharapkan redhaMu dalam perjalan hidup ini,
Rahmatilah perkahwinan kami,
Murahkan dan berkatilah rezki kami,
Berikanlah kami kesihatan yg baik untuk kami terus beribadat kepadaMu,


Ya Allah Ra Rabbi,
Kukuhkan ikatan perkahwinan kami,
Kuatkanlah iman dan takwa kami,
Ceriakanlah rumahtangga kami,
Pimpinlah kami ke jalan orang-orang yg bertakwa,
Lindunganlah kami dgn rahmat-Mu


Sesungguhnya hambaMu ini mengharapkan keredhaanMu dlm kehidupan ini.

ا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”