Tuesday, July 10, 2012

2nd Anniversary

Assalamualaikum w.b.t,
Bimillahirrahmanirrahim..


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Alhamdulillah,diam tak diam dah 2 tahun usia perkahwinan kitorang. Syukur, dikurniakan zuriat yg sangat comel, pengikat kasih sayang kami.


10-July-2010 - Sah aku menjadi isteri nye dgn sekali lafaz. Even majlis agak tidak berjalan seperti yg sepatutnya, alhamdulillah segala berjalan dgn lancar.



Now, it's been 2 years bergelar isteri. Sekejup je masa berlalu.

Still, aku masih jauh dengan die. Terfikir nak berhenti kerja, tapi boleh ke aku ? huhu, dah biasa keje.
Ntahlah.. Ya Allah, tunjukkan kan aku jalan yg terbaik untuk aku teruskan.Sesungguhnya Kau la Maha Mengetahui yg terbaik untuk hamba-hambaMu. Amin.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani,
Engkaulah Yang Mengetahui apa yg di Langit dan di bumi, Segalanya berjalan dengan kehendakMu.


Ya Allah Ya Tuhan kami,
HambaMu ini mengharapkan redhaMu dalam perjalan hidup ini,
Rahmatilah perkahwinan kami,
Murahkan dan berkatilah rezki kami,
Berikanlah kami kesihatan yg baik untuk kami terus beribadat kepadaMu,


Ya Allah Ra Rabbi,
Kukuhkan ikatan perkahwinan kami,
Kuatkanlah iman dan takwa kami,
Ceriakanlah rumahtangga kami,
Pimpinlah kami ke jalan orang-orang yg bertakwa,
Lindunganlah kami dgn rahmat-Mu


Sesungguhnya hambaMu ini mengharapkan keredhaanMu dlm kehidupan ini.

ا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

No comments:

Post a Comment