Friday, October 21, 2011

Diary of Muhammad Shafy Zakwan :)

Salam,

Terfikir nak buat daily update pasal my baby progress dalam blog ni few days ago, tapi sampai rini xterbuat buat. Untuk rujukan masa depan, nanti bile baby dah besar boleh la imbas kembali saat2 die berjuang. Want to show him how strong he was and how proud my hubby and i with him.
* Kena rajinkan tulang bile dah jadi ummi nie.hehe.

Almost 3weeks baby dalam NICU. Nak wat daily update untuk minggu-minggu lepas macam tak tak boleh recall sgt (tuh la taknak buat entry awal2, kan dah lupa). Tapi aku cuba summarize kan mana yg termampu.

Day 1 (02/10/2011) - Ahad
 - Assalamualaikum, Selamat datang ke dunia anakku syg, Muhammad Shafy Zakwan.
- T.O.B : 11:53PM , DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Normal delivery (alhamdulillah)
- Birth Weight : 900g (Gestational age , umur kandungan : 26-27weeks)
- Warded at NICU, DEMC
- Baby weight 970g

Day 2 (03/10/2011) - Isnin
- Aku discharge from DEMC. Baby transferred to NICU, HUKM Cheras.
- Jumpa baby pagi tu, my first visit. Rasa sedih sgt tgk baby berselubung dgn wayar. Berdoa agar baby selamat. Amin
- Malam , lepas discharge terus pergi HUKM tgk baby , as well as bagi sample darah in case HUKM perlukan.
- Environment yang sgt janggal. Sebelum jumpa baby kena basuh tangan dengan cara yang betul dulu. Nurse ajar step by step. Thanks misi!
- Yang bestnya NICU HUKM tak ada waktu melawat, anytime BUT PARENTS ONLY. Untuk menjaga babies dari bebas terkena jangkitan.
- Baby weight 970g

Day 3 (04/10/2011) - Selasa
- Petang tu pergi HUKM lagi jumpa baby dengan hubby. Stay sana around 2-3 hours kot.
- Jumpa MO team yang bertugas , and prof yang in-charge. Prof Rohana. Prof and MO bagi serba sedikit penerangan pasal baby and sebarang info yang berkaitan with premature baby.
- Nurse ajar cara nak kuarkan susu. Ingat aku takde susu, rupanya2 banyak juga. Alhamdulillah rezki baby.
- Baby dah start minum susu 1cc / 4hour
- Baby weight 970g

Day 4 (05/10/2011) - Rabu
- Arini tak dapat jumpa baby sebab dinasihatkan berehat dulu.
- 1st day pantang, pakai bengkung dan mengurut. Urut kena 3hari. Sakit oo masa urut kat tut!!
- Miss my baby a lot! Pump susu, hubby pergi hantarkan.

Day 5 (06/10/2011) - Khamis
- Sambung urut untuk hari ke-2.
- Lepas urut, lepas lunch jumpa baby. Degil nak tgk baby jugak sebab rindu sangat sangat.
- As usual , bawak susu yang di pam untuk kasi baby minum.

Day 6 (07/10/2011) - Jumaat
- Lepas Jumaat, pergi JPN Shah Alam kunun2 nak register kan nama. Tup tup kena bawak jugak buku pink yang masa mengandung tu. Buku tu kat HUKM, so decided datang balik esoknya.
- Actually nama pun tak confirm lagi, ada sehari lagi untuk isi form tu.
- Pastu terus pergi HUKM jumpa baby lagi. Macam biasa stay dalam 2-3jam


Day 7 (07/10/2011) - Sabtu
- Hubby pergi JPN sendiri untuk register nama. Akhirnya hari ke-7 baru jumpa nama yg berkenan di hati. Harapnya die menjadi anak yg cerdas, yg berjiwa suci dan terpuji. Amin.
Muhamamd = Yang Terpuji
Shafy = Yang suci, Murni, Bersih
Zakwan = Yang cerdas
- Seminggu sudah menjadi seorang ummi :)

Minggu ke-2 akan di update in next post. Tungggu yaaa ;)

No comments:

Post a Comment